Isnin, Oktober 29, 2007

Segenggam Tabah - In Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


[ taat dan sabar.... sabar.. sabar.... penantian penuh rahmah pasti kan menemuimu jua insha Allah... ]

Mix Arts & Science ?

bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni saya sakit kepala. Asobani as-suda'. Sakit. Rasa macam nak belah je kepala. Tambah lagi tadi sakit kepala masa meeting yang riuh mengalahkan zoo monyet! Ana tak tahulah kenapa dengan banin tapi derang bising sangat! Kesian ustazah Halimah. Suara ustazah tenggelam timbul dirempuh badai suara form 3. Huhuh..

Esok ada Qiam, lusa ada Rehlah. Sakit kepala tak surut lagi. Esok ada hari sukan form 3 pulak tu! Nasib baik dapat masuk tarik tali je. Tak larat lah nak main futsal atau badminton. Sementelahan, tangan & kaki ana masih sakit, habis dikerah tenaganya hari Ahad semalam.

Masa sakit kepala dalam meeting petang tadi, sempat buat ujian kerjaya. Dalam sakit kepala tu alhamdulillah, masih boleh fokus. Semua orang pelik, "nti tak buat lagi ke?" "eh, nape nti buat nih?" just shut your mouth, people! saya sakit kepala ni bila-bila saya boleh tolak kamu sampai pecah dinding dan retak tulang-belulang kamu, tahu?!! astaghfirullahal 'adzim...

Dan natijahnya, yang saya rasa menyampahnya... saya ni artistik! tolonglah! saya nak ambil sains tapi nisbah markah artistik dengan sains ialah 7:4. How could this possibly be, huh?
Tak layakkah saya hendak menjadi doktor? Kenapa ada suntikan pembunuh cita-cita saya nak jadi veterina? Saya keliru........ Rabbi, yassir wa la tu'assir...

Saya tak sanggup merawat. Lebih-lebih lagi kalau merawat manusia. Kesian dan simpati melampau-lampau. Kawan-kawan kata saya memang artistik. Benarkah? Macam mana mereka boleh lihat diri saya sedangkan saya sendiri tidak tahu. Markah paling teruk untuk test ni ialah bahagian mechanical, saya dapat nombor nol tahu! Menang benci mechanical. Keusahawanan dapat 1 je. Sosial 2. Saya tak begitu berbakat dalam komunikasi.

Boleh tak artistik dicampur dengan sains?

Pasti indah, bukan?

Rabbi yassir wa la tu'assir...
Innaka ni'mal maula wa ni'man nasir....

Harap kalian komen... Blog ini sudah terbuka....


Aslim taslam.......

Adikku sudah 14 tahun!


bismillahirrahmanirrahim...

Sanah Helwah, Mu'az!

Sekarang Mu'az dah 14 tahun! Tapi, orang len still cakap Mu'az comey cam bebudak. Huhu... Ntah pape.. Sanah helwah akhi.. Kullu 'aam wa nta bikhair, insha Allah...

Description sket2 tentang adikku neyh:

Macam lurus.
Mu'az pendek.
Pakai spec.
Suka buli Salma sampaikan ana kena jerit sampai satu rumah nak pecah baru semuanya senyap. Suka buat orang marah lagi2 bila mood tgh tak baik.
Terer men game komputer yang tak termainkan diri ini.
Terer programming pygame.
Terer bab game dan komputer.
Suka baca in-tech dalam the Star hari Selasa.
Tapi x terer sgt bab html.
Tengah belajar javascript.
Suka guna Linux daripada Windows.
Macintosh bese2.
Tak berapa obses dengan Leopard Mac.
Nak iPhone.
Anti-blog.
Orang selalu cakap dia genius.
Minat bab robotik gune Lego.
Suka melampau2 akan tomyam potek.
Ada bakat jadi pengkritik makanan.
Agak suka memasak.
Bestfriend die Mujahid.
Kawan rapat Mujahid & Basyir.
.....
.....
.....

Adik yang baik... ^_______^ (walaupun kadang2 rasa cam nak cekik dia..huhu..)

aslim taslam. barakallahu fika yang akhi!

Repost: Warkah Buat Sahabat


rahsia atas rahsia....
bisakah dirungkaikan...
andai detik tiada kepastian..?

kemaafan kupinta
andai hati tercemar kelukaan
maafkanlah...

sahabat....

saya tak tahu apa yang harus saya lakukan...
saya rasa bersalah sangat pada awak...
saya tuduh awak macam-macam...
itulah... inilah...
rupanya bukan awak...
awak tahu,
saya menangis bila baca warkah awak,
tapi saya tak pasti kenapa...
saya tak tahu kenapa air mata terus mengalir
dan mengalir...

sahabat,
saya harap...
awak dapat maafkan saya...
maafkan saya atas segala apa yang telah saya lakukan terhadap awak...
yang buat awak rasa tak sedap hati....

saya takut awak macam geram...
atau dengki... atau marah...
atau apa-apa yang lainnya yang negatif terhadap saya...
saya tahu...
saya tak sebaik awak...
awak begitu baik bagi saya....
maafkan saya, sahabat...
mutaasif jiddan...
kalau terdapat kelemahan pada diri ini yang perlu diperbaiki...
maka, awak janganlah segan silu menegur saya...
insha ALLAH.. saya akan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka...
hmm..moga perkara ini tak berulang lagi...
insha ALLAH...
kesilapan.. itulah fitrah insani...

[sahabat, saya dah lakukan apa yang awak pinta....
alhamdulillah... tapi saya tak boleh nak komen apa-apa...biarlah rahsia...]

maafkan saya...
maafkan ana....
itu sajalah yang ana pinta...
kemaafan daripadamu, sahabat...
kemaafan dari hati....

sahabat...
mungkin awak ubah 100 % persepsi awak terhadap
saya sekarang...
awak mungkin akan anggap saya ni sungguhlah teruk
atau sebagainya...
TAPI sahabat...
saya ada sebab kenapa saya lakukannya..
sebab awak sahabat saya...
sebab itulah....

syukran jazilan, sahabat...
kerana memahami diri ini walau rasa
perih menguasai hati

tatkala ini...

"wa laqod holaqnal insana wana'lamu tuwaswisu bihi nafsuhu
wa nahnu aqrobu ilaihi min hablil warid" Qur'an [Qaaf:16]

"It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein." Qur'an [Qaaf:16]

Allahu a'lamu bissowab....
(fahami dan hayati maksudnya..)


terima kasih...
atas segalanya...
nasihat jua sokongan....

saya tujukan nasyid ni buat awak...
hayati betul-betul...






S E B U A H P E R T E M U A N
Album : See You D IPT
Munsyid : UNIC

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




p.s: moga sahabatku terbaca akan warkah ini buatnya.... =)
nasyid SEBUAH PERTEMUAN juga ana tujukan buat yang lainnya....
Izzati, Akhi 'Umayr, Ili dan sesiapa saja...

---------

entah kenapa... asyik terkenangkan kisah silam nih.. perit! saya dah menyesal.. sumtimes saya rasa saya gila... tapi ...a'uzubillahi min zalik... oh.. bila kan ku dapat temuimu teman? agar dapat kurungkaikan segala persoalan yang telah membuat engkau begitu membenciku... :(

Rabu, Oktober 24, 2007

Hikayat Rayaku

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi Raya ---> Perak--> Bagan Datoh --> Selekoh --> Kg. Sg Nipah (rumah Opah)

Tralalaaaa~ Raya besh! Le' Mamduh makin peramah tapi Le' Jemi makin montel. Kueng3...
Balik kampung hari Khamis, sempatlah puasa sehari kat kampung. Juma'at tu rewang kat dapur. Daging banyak sungguh! Le' Jemi beli daging elok tapi yang Abah beli sume macam liat-liat sket. Dapat lah nonton 2,3 CD "One Liter of Tears" (cerita Jepun yang agak sedih) dengan Le' Mamduh (tak sangka dia suka tengok cite Jepun)...

Raya First! It's Eid! Keluarga ana ala Hijau gitu~ (menatang2 faveret kaler).. Tapi memang bukan idea ana nak ber'heejou', eh.. Baju ana, Shifa', Salma & Mama sama jek. Cam boria lar pulak. Raya! Malam tu Fawwaz & Fikri ziarah rumah Opah. Fawwaz, 14 & Fikri, 12.. Besh! Derang ketawa cam nak pecah satu rumah! Ana pun terkena virus derang. huhu... Best la...

Raya kedua banyak sket raya kat rumah orang. Duit raya walaupun tak banyak tapi alhamdulillah, still layak dapat. ^_____^
Raya ni bila pegi rumah orang, dapatlah dengar masyarakat kampung sini bercakap dalam bahasa Jawa. Alhamdulillah... walaupun ana boleh cakap sket2 sahaja (dan bunyinya pelik2) tapi ana dapat faham kata-kata ala Jawa mereka nih. Abah & Mama la yang selalu ajar. Tapi sini bahasa Jwa yang pasar, jenis halus takde. Kalau lah embah masih ada... tentu ana nak belajar daripada embah.. :( Dulu ana jahil, tak nak belajar bahasa jawa halus dan tulisannya sekali.. menyesal betul...

Kemudian hari raya ke berapa ziarah rumah Bo'de Nik. Sini lah ana jumpa satu-satunya sepupu ana yang sebaya dengan ana tapi dia lelaki. Panggil Anip. Usha dia, tanya pasal PMR, cara dia cakap macam BAK susah. (Takpe Anp, insha Allah results cemerlang..) Malam tu, main bunga api cam budak kecik. Tralalaa....~ Tak salah kan?

Pergi Kedah sebab Abah ngajar kat Kulim Hi-Tech. Jadi, baliknya hari Ahad, malam tu.. Sampai pukul 1.30 tapi still sempat tengok Raikkonen dalam F1 ! hehe.. Kimi menang! (jangan pelik ana minta F1.. hanya suka2...)

Tu je kot.. Oh. gambar takde.. Kamera terbang entah ke mana. So, gambar takde dlm komputer lagi. Till then minna-san...

Wassalam... aslim taslma (semoga sejahtera..)

-den_Ra yang sakit pinggang dari pagi santak ke saat ini.. huhu..-

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim....

Oh.. betapa ana rindu nak buka internet. Sampai termimpi-mimpi lagi tu~

Kali ni tak sempat nak post panjang2.. dakara, tunggu lah nanti ana celoteh pasal raya, ok?

Ana nak pegi sekolah ni...

Ilalliqa'!~

P.S: Banyak yg nak dicakapkan tapi sikit saja masa yang ana punya...

Rabu, Oktober 10, 2007

Deskriminasi dan Kekuatan Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Hari ini form 3 ada juga kerja yang harus dibuat. Banin buat apa, err.. ana tak tahu pulak tapi banat kena gotong-royong, seperti merewang jugak rasanya. Cumanya ni last step dalam merewang kot -->membungkus ;p

Semuanya kerana pulut kuning! Ketawa kami berderaian masa bekerjasama ni (hehe..)
Memang rasa seronok. Tak rasa terpinggir macam selalu (huhu..) Maziah sibuk dengan 'Program Angkaswan'nya. (Moga Syeikh Muzasphar selamat ke ISS!)

Usai bergotong-royong membungkus pulut makanan dan bla bla blanya, dengarlah ceramah pula di Dewan Seminar Al-Ghazali. Ustaz Zahrin, mantap!~

Kemudiannya, ana (yang konon2nya AJK makanan) tolong agihkan pulut. Oh, cik pulut kuning!
Di sinilah telah berlaku sesuatu yang ana hadapinya sekian lama, tetapi begitu terserlah pada hari ini. Deskriminasi seorang senior.

Ana berdiri biasa saja sebelah Amirah, yang sama-sama agihkan pulut tuh kat pintu, dan dalam bilangan yang ramai itu, ana berebut-rebut menghulurkan pulut pada banat. Dan di kala seorang senior yang ana hormati ini, hendak keluar melalui pintu itu, cepat-cepat ana hulurkan satu bekas berisi pulut kuning, memandangkan Amirah punya stok di tangannya dah habis. Tapi, senior tu buat tak layan. Huh? Ini pun dia nak kisah? Pergh.. tak habis lagikah rasa jeleknya terhadapku? Senior tu tunggu sampai Amirah yang hulurkan pulut kat dia. Ana rasa macam.... -_-

Saat itu terasa deskriminasi menjadi mainan sang senior. Takpe, tahan nafsi!
(Entah bila bibit kemesraan terasa nak bertunas anatara ana dan senior ni...
ana dah berusaha banyak kali, tapi.... :| )

Wajarkah? Dari form 1 sampai saat ini, amatlah pelik kalau melihat ana ketawa dengan senior yang berkenaan. Tennsyuuunnnn!!! Kakak, lihatlah saya! Pandanglah saya! Dan senyumlah kat saya! (huhu...)

Pengajaran: Memang susah nak layan SEMUA orang, tapi sangat tidak wajar kalau mempamerkan keberatsebelahan antara semuanya. Biar apa pun yang membezakan, semua orang sama, kan? Hormati yang tua, sayangi yang muda. ^____^

~Alangkah indahnya hidup bersama Ilahi...~ - Tema Majlis Nuzul Qur'an.

Seterusnya, bersiap-siap untuk pulang. Janji? Hanani, apa yang ana kena buat? Biarkan hari ni berlalu lagi? Akhirnya ana tak dapat tunaikan janji diri sendiri (lagi...). Entah untuk kali yang ke berapa. Sejak sebelum PMR lagi. Kenapa begitu banyak halangan yang merentasi? Ana mesti sabar.... Tiga perkataan yang sukar untuk diungkapkan: Ana minta maaf.

Ujian yang paling Allah nak uji saya, especially dalam bulan Ramadhan ini : Kesabaran~

Kata-kata Nadhirah yang kan ana ingat...

"...segalanya terletak pada kekuatan nt. Kalau nt cukup kuat untuk buat, mungkin ana tak mampu membuatnya..."

Adakah ana mampu merealisasikan mimpi?

Jawablah!

[Aslim taslam..]

P.S: Pudarnya Pesona Cleopatra, novel Kang Abik yang tak kurang hebatnya. Insha Allah. bila-bila nanti ana akan buat ulasan :)

P.S 2: Terasa sebak mendengar nasyid Segenggam Tabah. Ada kesinambungan untuk kisah sendiri. (huu~)

Selasa, Oktober 09, 2007

Baik!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni ana tak pergi ke sekolah. Seems like many of us (form 3) didn't go to school as well.
Ana tak hadir bersebab tau! Sebabnya Mama suruh buat kuih hari ni, sebab kuih tu nanti nak bawak balik Perak. Balik kampung hari Khamis. Takut tak sempat. Sebab tu, ana ghaibah. (Haha.. best betul buat kuih. Tapi puasa, tak boleh makan pulak.)

Huhu... ana kira-kira, setakat ni ada 9 orang yang ana benarkan untuk view blog ini. Nasib yang baik. Ana tak main pilih je. ^_____^

Buat blog, ana tulis, orang bukannya baca sangat. Hanya sedikit yang prihatin. Dan mengambil berat. Sebab tu baik buat seperti ini. Ne?

Cerita hati. Nama lagu Hafiz Hamidun, bekas anggota UNIC. Imej berubah, ada yang kritik, ada yang tak kisah. Senang kata, jangan tengok siapa yang bercakap (dan yang seerti dengannya), tapi tengok pada apa yang disampaikan.

Qausuquzah... itu maksudnya pelangi. Sebetulnya kena kaitkan dengan kehidupan, bukan dengan sesiapa. Pelangi bercitrawarna, kehidupan pun begitu juga. Kalau tak suka, jangan kritik depan ana. Pelangi itu Allah yang cipta. Hidup kita pun Allah yang tentukan. Orang kaitkan itu ini dengan pelangi kenapa mesti rasa jengkel?

Esok ana mesti buat apa yang ana dah rancang sekian lama. Pengorbanan seorang sahabat yang tak mungkin ana dapat membalasnya.

Ja na!

Aslim taslam...

P.S: PMR, dah berlalu. Natijahnya keluar akhir Disember nanti. Rasa cuak? Mestilah!
Walau apa yang akan terjadi... bismillahi tawakkaltu 'alaLlah. "Dan Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 9 A, insha Allah.

P.S 2: Cuba nak mengatakan sesuatu, tapi tak terdaya. Duh.

Isnin, Oktober 08, 2007

Sesuatu yang Baru Bermula

Bismillahirrahmanirrahim...

Maaf. Kalimah yang satu-satunya ana ingin ucapkan luhur dari hati.

Maaf kerana menyusahkan.
Maaf kerana terpaksa begini.
Maaf...

Baiklah, blog baru, ekspresi baru!

Senyum!


^______^