Isnin, Disember 31, 2007

Ukiran Naluri: Bulatan Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Dan tika aksara
mula mencetus bicara
dan kalimah itu sufi
memikat hati diam murni

saat lontaran kata
tiada senandung berlagu
dan hati tetap mengerti
memahami insan
mahu pasti janji yang dipateri

telak dipandang
warna-warna hati
dan saat itu
makin difahami
garisah dicorak riang

dan di pundak hati
pasti diingat
firmanNya nan agung
ni'mat Tuhan yang mana lagi
telah kau dustakan?

kepada Dia didetakkan
sebanyaknya zikir syukur
dekat Dia di hati
kian dekat hati dengan Dia

segala puji bagiNya atas ar-Rahman dan ar-Rahim milikNya..


ukiran tulus dari naluri,
Raehan QA
Copyright RQA 07


[[ sanah helwah!~ kullu 'aamin wa antum bikhair..
terus letak kepercayaan padaNya prioriti utama dalam hidup ini hingga ke akhirnya! ^___^ ]]

aslim taslam jamiean!

Ehem-ehem...

bismiLlahirrahmanirrahim...

Hari ini saya telah pergi ke sekolah dengan tak pasal-pasal. Kawan-kawan saya seperti Alifah, Safiah, Maryam, Hani, Farah dan Sarah ada di sekolah karana mereka terlibat dalam program orientasi tingkatan 1.

Bosannya!!!~ Pagi-pagi datang. Saya tahu takde siapa akan bersama-sama saya all day long. Tujuan: nak ambil borang SPBT yang mana at the end of the day, saya masih tak memperolehinya. Saya tak faham betul dengan ustaz berkenaan itu! Sampaikan rasa nak menangis dan lari saja dari bilik SPBT yang rasa macam neraka itu. Tak ke sedih dipermalukan di depan entah siapa saya pun tak kenal?? Salah ke saya minta pertolongan dengan sebaik mungkin? Salah ke kalau saya tercuai dan saya berusaha nak memperbaiki kesilapan itu? SALAH ke??? isk..

Tolong uruskan hal maktabah. Lepas tu saya jalan tanpa tujuan di dalam Hidayah. Saya mulalah menyibuk jadi fasi yang tak bertauliah untuk orientasi tingkatan satu ini. Macam best je kalau dapat jadi fasi. Mula-mula dah dapat, tapi Allah tak izinkan.. Tak apalah, saya dalam perancanganNya yang terbaik, kan?

Haha... Budak-budak form 1 malu-malu tapi kecoh! Tak faham betul. Mungkin bila mereka hidup kat Hidayah nanti, saya akan mengerti. Hmm. insha Allah...

Boring~ Maka, dengan izinNya, saya dipertemukan dengan ehem-ehem.. Mana adalah! Saya dipertemukan dengan 'Atikah dan adiknya yang kiut-miut sungguh comel lote yang namanya Sakinah. Senyumnya lebar, you!~ Best jumpa budak riang ria ini. Heheh...

Lalala.. jalan sana-sini jumpa itu dan ini. Menyibuk situ sana. Bermanfaat juga bawak kamera tapi semua gambar ehem-ehem.. Haha... Husnudzon .. husnudzon. (jangan fikir bebukan!)

Balik, saya tegur semua orang yang saya tak pernah tegur tak pasal-pasal! Haha.. Tiba-tiba termesra dengan kalimah pulak hari ni. Dengan 'Atikah, dengan Kak Wani (ceh, memang mesra doh!), dengan Kak Auni (mengubat rindu pada Hanani, hehe..) , Kak Maisarah, budak-budak form 3 yang serba photogediks (huhu.. memang derang sendiri yang cakap, jangan salahkan saya..) dan sebagainya.

Huhuhuhuhu.....

Petang, saya terima satu mesej yang berbunyi ehem-ehem. (Malas nak terangkan) Tapi yang saya tahu saya diberi satu amanah yang bagi saya agak berat lah juga. Tapi amanah ni (atau task serba hebat ini... ceh~) belum dimulakan lagi. Task ini saya terima daripada si dia senpai. Huhu.. (fikir elok-elok..)

Boring ler.. Esok dah 2008 doh~ Resolusi? Hehe..

Lalalalalala....

aslim taslam...

Ahad, Disember 30, 2007

Macam Inilah

Bismillahirrahmanirrahim...

Perjalanan ana masih jauh. Tak sangka tahun depan masuk tingkatan 4 (tersedar betapa tuanya saya! ). SMIH al-mahbubah, insha Allah, setialah ana menuntut ilmu di situ hingga tahun 2009.

Isk.. hari ni telah terjadi satu hiwar yang agak menyedihkan hati ana. Tapi bila ana fikir balik, ada prioriti lain yang perlu diutamakan daripada diri ana. AlhamduliLlah, hati memahami dan menerima. Bersabar itu yang terbaik, walaupun lagi mudah dikatakan daripada dikotakan. Kan Allah sendiri berfirman banyak kali dalam surah Yusuf: Fasobrun jameel... (Maka sabar itu indah..)

Tahu tak, kadang-kadang hati rasa susah nak ikhlas. Walaupun 'aqal habis-habisan kata pada hati, ikhlaslah! ikhlaslah! Tapi, kadang-kadang tu, rasa macam sia-sia je buat suatu perkara tu. tambah lagi dosa yang terpalit sana-sini di hati. AstaghfiruLlah.. Ya Allah, terangkanlah hati hamba yang makin suram namun kian merindui cahaya hidayahMu...

Terbaca entri di blog Rufaidah yang menceritakan aktiviti dia mencuci tandas di sekolah dengan keluarganya. Maryam cakap, bila cuci mangkuk tandas yang sungguhlah karat lagi kotor seperti tak berbasuh beribu tahun itu, dia tidak menggunakan calang-calang pembersih tandas, tapi dia gunakan yang mempunyai asid kepekatan yang boleh tahan tingginya. Sampaikan stokin Maryam yang baru terkena sedikit cairan itu terkoyak! Hmm, apa yang ana dapat?

Bila ana fikir balik, cuba lah bayangkan mangkuk tandas tu macam hati kita, kotornya tak terkata. Apatah lagi disimbahi noda dan dipalit kotoran yang tak terhilangkan dengan 'pencuci' biasa. Tahu 'pencuci asid pekat' itu, ingatkan ana pada 'amal kita. Selalunya 'amal, kita buat ikut iman. Yang sunat khususnya, kalau iman sedang futur, goyah tak seimbang kedudukannya, kita buat sambil lewa. Tak istiqamah.

Contoh paling senang, baca al-Ma'thurat. Senang, pendek je, tak sampai setengah jam pun dah boleh habis, tapi, kalau datang penyakit hati, rasa berat sungguh nak buat. Boleh jadi baca Qur'an satu muka pun payah nak habiskan! Isk.. sebab itulah, di samping kita sentiasa cuba men'cuci' hati kita dengan 'amal yang biarpun kecil, namun biarlah istiqamah, agar 'amal tu tetap dapat mendinding Iman dalam hati kita.. Di samping bershkan hati dengan mengucapkan 'astaghfiruLlah' tak kira masa. Paling kurang pun 70 kali. Tapi, terbuatkah oleh kita ni? Tepuk dada, sapa hati, tanyalah Iman..

Oh ye! Tadi, habis pening kepala ana selongkar sana-sini dalam bilik, mencari pen-drive yang tiba-tiba hilang! Gusar hati ana dibuatnya. Dahlah sebelum dah ada yang hilang. Tengah pusing-pusing mencari beda hilang ana tu, tiba-tiba.. ana teringat. Kalau hilang benda macam ni,mestilah letak kepercayaan pada Allah dalam nak jumpa balik barang itu. Sebabnya, Allah saja yang Maha Mengetahui mana barang kita yang hilang tu. Di samping tu, kepala kena mind-set positif, kalau tak, kemungkinan besar tak jumpa-jumpa barang tu. Insha Allah, kalau kita ingat Allah selalu, Allah mesti bantu kita, kan?

Semalam Sabtu terakhir untuk tahun 2007, pergi riadhah di Taaman Rekreasi Taman Imoian Emas. AllhamduiLlah, dapat luangkan masa ma'a usrati! Sihatkan badan sambil memesrakan ikatan kekeluargaan, hehe.. dan dapat nikmati kebesaran Allah di pagi hari nan indah! SubhanaLlah~

Oklah, hati ana puas berceloteh! Hehe.. AlhamduliLlah.. tertulis jua apa yang ingin dilakarkan. Moga bermanfaat jadi peringatan kita sama-sama. Malam nanti kalau ada masa, menulis lagilah ana.

AlhamduliLlah..

aslim taslam..

Sabtu, Disember 29, 2007

Hari Natijah PMR Sedunia!

Bismillahirrahmanirrahim..

Uhhu.. hanya masukkan gambar yang berkenaan. Sikit aja. ^____^ Khas pada Hari Natijah PMR Sedunia 2007 - 27 Disember 2007!~

Ada lagi! Hehe. AlhamduliLLah, dia (sila check entri lepas-lepas) dah kenal ana yang mana. AlhamduliLlah! Yes! Hehehe...

Pelajar Cemerlang, Gemilang dan Terbilang!~

Haha... Tak percaya? "Kan betul ni, anti dapat semua A!"

^_____^

AlhamduliLlah... AlhamduliLlah 'ala kulli hal..

JazakumuLlahu khairan jazaa' khususan ila Mama wa Abah, usrati, al-asatizah al-mahbubat... asdiqa'i wa sadiqaatil mahbub.. wa ila jami'il ikhwah wal akhawat!~

JazakumuLlahu khairan jazaa'..

Moga ALLAH membalas jasa budi kalian dengan seBAIK-BAIK balasan...

aslim taslam!~


Jumaat, Disember 28, 2007

El-Yaum di Maktabah!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah~ Hari ni baik-baik saja. Sebenarnya hari ni ada temuduga untuk kemasukan tingkatan 4 di SMIH, JB. Hehe.. ada seorang pelajar baru dari sekolah Imtiyaz khabarnya. Ahlen ya ukhti!

Hari ini ana telah dijamu dan dihidangkan dengan soalan-soalan yang haha-dah-agak-dah oleh kami-kami ini. Cuma, ada satu soalan tu ana macam tak faham. Heheh...

interview: Ustazah Wan dengar je Aaeshah jawab dalam english. heh!


Ustzah Huda yang memahami ya! Bila duk ramai-ramai dengan ustzah bersma dengan Aisyah, Safiah, Fatimah, Sarah & Nadhirah R, rindu sangat pada usrah ana... RINDU sangat..

Nak keluar tajuk kejap. Tau tak, saya mahu confess di sini. Tahun ni, pada mulanya hingga liqa' akhir usrah dengan ustazah Shahidah bersama Zatil, Amirah, Ain dan Najiha, ana merasa sangat tak biasa dengan usrah ana (erti kata lain, mungkin tak suka). Zatil pun pada mulanya ada masalah yang sama tapi dia survive. Dia cakap pada ana. Lagi pula di cik setiausaha dalam usrah kami. Dalam usrah, ana rasa macam segan sangat! Entah kenapa, setiap kali ana nak sampaikan isi hati, rasa macam berrat sangat mulut. Hati pun dah lupakan apa yang ana nak kongsikan. Akhirnya....

Ana macam menyesal sangat! Ana tak nak jadi golongan mereka yang rugi. Umpamanya ana telah mensesiakan waktu ana untuk usrah tahun ini. Bila cuti... ana selak buku catatan MDP ana yang warna hijau tu, ana rasa berbekas dalam hati ana ni satu rasa yang.. yang.. ana tak tahu nak cakap macam mana. Tapi ana rasa sangat kasihkan usrah ana. Sangat sangat. Dan ana rindu nak mengahadam tarbiyah buat rohani dan qalbu yang kian menjauh ini.

Dan tadi di sekolah ana jumpa ustzah Shahidah sebelum interview, ana salam ustzah dan minta maaf sebab tak dapat jumpa semalam harinya.

Ana rindukan usrahnya kerana da'wah yang sering melingkarinya, kerana ukhuwwah yang sentiasa terpateri teguh dalamnya dan kerana ma'rifatuLlah yang sentiasa menjadi isi munaqasyah bersama. Bila baca balik buku tu, ana seolah-olah baru mengerti apa yang ana dapat daripada usrah tahun ni. Kesal, sedih, tapi akhirnya ana rindu dan bahagia. Syukran lakunna!~

El-Yaum.
Hari ini. Hari ini lepas interview itu, (alhamdulillah, dapat tawaran masuk SMIH~ asykuruka ya ALLAH) ana sibuk menerawang di dalam Hidayah mencari mak Hanani. Sepanjang hari dok dengan dia saja. Ada masa dengan dia dan Aaeshah. Ada masa dengan dia dan Maryam.

Dia tak sedar ana telah meng'candid'nya. Hehe..

Dan destinasi paling lama saya stay hari ini adalah di Maktabah. (hehe.. tempat paling bijak untuk luangkan masa [lepak? no..] di sana.. ) Ana tolong kemas-kemas dengan Hanani, Aaeshah dan Amnah pada mulanya. Huhu.. vacuum buat hal. Ana geram. Haha...

Kesian betul.. Vacuum ini tidak bersalah sebenarnya. Isk..


wah, hebat bergaya adik Amnah ni! His name is Abdullah Zubayr bin Ismail.


Lalala... kemudian sekitar pukul 12 lebih. Ustzah Hanim datang. Kami buat syura kejap untuk buat pelan baru susuanan rak-rak dan meja-meja dalam maktabah SMIH itu. BEst! Tercurah-curah idea semua orang! Ustazah Hanim pun excited.. Apatah lagi ana.

Mulakan kerja! Hayya nabda'! Mula-mula susun rak kayu yang dah semakin uzur.. uhuk3..
Berat tahu! Rak itu rak kayu yang setengah kali lagi tinggi daripada saya! Berat! Dengan kudrat wanita daripada ustazah, ana, Hanani dan Maryam pada mulanya, dapatlah juga gerakkan satu dua rak. ^____^ Sangat seronok walaupun sakit belakang. Hehe..

uzur-uzur pun, banyak berjasa tampung buku-buku di maktabah, kan?

Kemudian datang pula pasukan bantuan terdiri daripada Alifah, Safiah & Hani. Alifah librarian next year, ustazah Hanim kata. :D Oh ye, pasukan pertama buat kerja di bahagian depan maktabah. Yang lain di belakang lho.

Berapa kali kami kena turun-naikkan buku-buku nih. Sambil tu sempat-sempat juga belek eh? ;p Penat-penat pun bermanfaat kan?

yeh! maryam kuat! hehe. .[ semua buku dalam gambar ni tentang binatang.. ;) ]


udah ku bilang kok? ini candid beneren.. Alifah ralit telaah kitab.

mengelap apa yang patut. itu safiah :)


MAri belajar cara menyusun buku di maktabah dengan cara yang betul! heheh...

siapa ya nih? ;p (ukur tinggi buku ke tinggi diri sendiri...uhuk3)
ini do bahagian Kamus.. semua jenis kamus ada, ckp je... nak yg mana?

hani bekerjasama dengan safiah di bahagian buku cerita ini. menguji kesabaran eh?

Setelah beberapa lama susun buku dan menyusun segala yang nak disusun, ustazah, Hanani dan ana cuba menggado-gado cik vacuum ini. AlhamduliLlah.. rupanya ada tisu tersekat je. (ceh, patutlah tak boleh sedut!~) ehem2, terima kasih kepada penyiasat berjaya. ;p

hanani: Ali, tengok ni,nak pasang, tarik wayarnye dulu. (setelah vacuum pulih dari sakit)

raden: ..... (sayup-sayup kedengaran)
hanani
: oh, lawa betul maktabahku!
maryam
: ape die, raden?

hmm.. banyak lagi agenda-agenda comel yang terjadi hari ni dalam maktabah tu. eh, jangan sangka si pemetik gambar tidak bekerja eh! pustakawan tetaplah pustakawan.. antara hasil kerja hari ini..

best kan , Nani? nasib baik tak tertipu ;p ^____^

dalam ni penuh surat khabar. banyak! penat2 turun-naikkan surat khabar dari almari ni dengan Hanani, padahal sebenarnya punya roda. nasib baik tahu cepat dari awal. sudahlah pula pindahkan dari hujung timur ke hujung barat maktabah. kalau tak, menangis le... huhu..

and lastly.....

tadaa!!~

gambar ini tak pasti Alifah atau Hani yang ambil. tapi, lawa kan?
mesti belajar daripada tmah... heh! [perasan, ada org hadiahkan ana bunga! wek~]



Belum siap lagi kerja kami sebenarnya. insha Allah, Isnin ni sambung lagi, siapa nak tolong dipersilakan! Lagi ramai lagi senang kerja!~ hehe... ustazah janji nak belanja ana sebab penat tlong ustazah hari ni! heheh.. jazakiLlah, ustazah Hanim! dan makasih juga buat Hanani, Maryam, Aaeshah, Amnah, Alifah, Safiah & Hani! :D

sekian... itu sahajalah daripada ana! konklusinya... hari ni alhamduliLlah menyeronokkan..

^_____^

Makasih semua!~

aslim taslam jamiean..

Khamis, Disember 27, 2007

Saat Ku Bahagia


Bismillahirrahmanirrahim....



Alhamdulillah~!
Hari ni NATIJAH PMR diumumkan. Dan "aLfU mAbRuk !"buat semua ahli keluarga batchsebelas sebab sudah melakukan yang terbaik kerana ALLAH demi Islam untuk SMIH. ^___^

Datang sekolah pagi tadi lambat. Dahlah Mu'az nak beli buku. Datang pukul 9.30 pagi. Rasa cuak mula menjengah dalam nubari masa ni. Takut... Gemuruh... Tiba-tiba....

SaKiT PeRuT! Alahai, ni mesti ada butterfly tengah terbang-terbang dalam perut ni. Adeyh~ (mcm masa nak PMR dulu)

Sampai-sampai. Pergi beli buku Mu'az. Lama betul! Ana kena lah pergi Koop munfaridah (berseorangan) nak beli baju sekolah. Dan nampaknya saiz tak ada. Pasrah.

Cepat-cepat pergi kat kantin. Semua nampak tenang je. ^____^ Ustazah Halimah ajak borak-borak. Pukul 10.30 pagi naik ke dewan seminar. Here comes nothing!

Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2007

Uih, gempaq saja bunyinya. Ana dah cuak. Tak apa, cuak-gemuruh pun masih sudi mendengar dan menghayati (begitu khusyuk ke?) kalimah daripada Pengetua SMIH, ustazah Kamaliah. Ustazah ucapkan tahni'ah atas pencapaian kami, BATCHSEBELAS! Syukru liLLah..

GPS sekolah meningkat! Tahun lepas (2006), 1.45, dan tahun ini (2007), 1.37! Mabruk 'alaikum Batchsebelas! GPK (ye ke ni? ana tatau) paling best ialah KHB ERT.. hehe. banat tu. Dapat capai 1.07! 'Adzim.. Jumlah mereka yang dapat 9 A, 45 orang. Alhamdulillah...

Ba'da zalik, ustzah Kamaliah memberi penghormatan kepada pelajar Terbilang (penggenggm 9 A PMR 2007) untuk menyebut satu-persatu nama lalu mereka yang berkenaan tampil ke depan untuk ambil slip natijah PMR. Wah!! Takutnya!

Nama-nama yang ana ingat: Aaeshah, Alifah, Amanina, Nadhirah Maslan, Hanan, Hanani, Fathimah, Najihah, 'Atikah, Sofia, Nadia Hakim, Aisyah, Farhana, Zubayr, Rijal, Naqib, Syauqi dan ada lah lagi yang kalau jumlahnya akan sampai kepada jumlah yang sepatutnya..

Akh 'Umayr dok sibuk memetik gambar-gambar mereka (hehe..) Tak lekang senyuman dari setiap bibir mereka ini. Heheh.. Alhamdulilah~

Ana punyelah tunggu nama ana. Gabra. Huhu...

Ustazah: Wan 'Atikah binti Wan Ibrisam Fikri

Ana: (Uih, melompat nama ke ni? Alaa..)

Ustazah: Sofia Umaiyah binti Abdul Jalil

Ana: (Nama dah terlepas ke?)(mengharap tahap paling mengharap)

Ustazah: Siti Najihah binti Mohd Noor
Ana: (uhh... ya Allah..)

Ustazah: Sarah Naqiyyah binti Hasni

Ana : (ya Allah..)(Kalau nama tak ada lepas ni...)(mengharap)

Ustazah: Raden Qurratu'Aini bt Muhammad Mun'im

Ana: ^___^ (cuba senyum dalam menggigil-gigil dan ketidakpercayaan) (alhamdulillah!~)


Huhu.. teramatlah cuak saat itu. Amat amat. Syukru liLlah walhamduliLLah... Apa yang dicita mesti dicipta! Alhamdulillah...
Bahagia. Mama tak ada dalam dewan seminar masa tu. Mak Najihah, mak Maziah ada la. Dan mak-mak lain.
Macam rasa sedih sikit tapi tetap ada gurat bahagia pada riak air muka. (wajib tu...~)

9 A untuk PMR 2007!
AlhamduliLlah!!~

Rasa bahagia...

Dan seterusnya, terkejar-kejar cari Mama & Shifa' kat SRIH. Uhhh.. penat betul! Rasa nak tercabut kaki ana. Patah-balik kereta je dah dekat 5, 6 kali. Cabaran...

Sebelum balik ke kereta, sempat ambil sweater BATCHSEBELAS.. Uwek! Sweater ana 'ter'besar. Saya ulang: BESAR!!!

Tapi ada nama ana la.. Hehe..


Petang nak ambil Mu'az dari SMIH, mengetik-getik kemera Nikon yang sudah kopak sana sini ini. Petiik gambar awan. Awan... Awanan! (hehe..)

SubhanaLlah~ Mendung-mendung pun tetap menawan qalbu! ^____^


Sebagai khatimah, ana nak ucapkan tahniah buat semua ahli keluarga BATCHSEBELAS, sebab semua dah bergandingan bahu dan berpadu tenaga nak capai kegemilangan bersama demiNya.

Ukhuwwah + Da'wah = Jemaah squared!!

Hari ini ku disinari nur bahagia istimewa daripada Dia
berserta rahmah dan redhaNya..
Subhanallah walhamduliLlah!~

Aslim taslam jamie'an!

Rabu, Disember 26, 2007

Rindu Lek Rina

Bismillahirrahmanirrahim...

Uhhuu.. tiba-tiba ana rindukan Lek Rina atau nama penuhnya, Radin Seri Nabahah binti Ahmad Zabidi. Hmm, cepatlah bali Lek. Lama dah dok Mesir. Sejak ana darjah satu lagi (tahun 1999). Pernah lah 2, 3 kali Lek balik rasanya. Hmm... Hari tu Makcik Umi tersilap, dia ingatkan ana Lek Rina (yelah, muka ana ada mirip Lek Rina dan Lek Muna). Uhhu.. rindu lah..

Ingat lagi, Lek Rina lah yang ajar ana aprikot dalam bahasa arab mesir,
mish mish!

Lek Rina dan ana.
Ni masa kat rumah Opah sebelum hantar Lek pegi KLIA. Tahun 1999.
(Tengok! Saya tak pakai spek lagi la. :P)


Reen.dou. Al-isytiyaq menjelma dalam nubari. Ana mushtaq ilaiki jiddan ya 'ammati!~ Du'akanlah anak saudaramu ini boleh menjejak kaki dan menuntut ilmu di bumi timur tengah juga, lek!

Lek Rina beritahu nak balik Malaysia sanah qadimah. Dengan zaujnya, Pakcik Asri. Balik ye Lek. Nanti raya lek buatlah cornflake madu lek yang paling hebat di rumah Opah. Hehe...

^________^

Mengutus salam rindu dari Malaysia ke Kaherah, Mesir

aslim taslam...

P.s: Siapa yang tak tahu, Lek tu ialah panggilan buat makcik atau pakcik yang menjadi adik kepada mak atau ayah dalam masyarakat Jawa. Kalau lagi tua, Bo'deh untuk perempuan, Pa'deh untuk lelaki.

Melodi Ana

Bismillahirrahmanirrahim....

Isk... sedih sikitlah, blog batchsebelas dah dimasuki pendatang asing. Isk..

Untuk mengisi masa di depan Mac ini, teringatlah.. hehe..

Pelangi... Pelangi... Alangkah indahmu
Merah putih hijau di langit yang biru
Pelukismu Agung siapa yang gambar
Pelangi ciptaan ALLAHu Akbar...

^_______^ Nasyid Mari Mengaji yang lama..

Kalau yang sekarang punye:

Marilah mengaji kenal huruf al-Qur'an
Mari mari mengaji penuh kesungguhan
Marilah mengaji faham isi al-Qur'an
Hayati maksudnya dalam kehidupan...


Nak ingat nasyid apa yang dok masuk dalam kepala.. hehe..

Dikaulah yang pertama membenarkannya
Hilang saudara, hilang segala-gala
Engkau tetap setia
Kalimah Tuhan kau bertakhta

Dikau bisa berdarah mencengkam tubuh
Kekasih lena di pangkuanmu
Engkau tetap setia
Hingga menitis air mata

Tu nasyid Khalifah Pertama oleh Mirwana..

Menangislah.. tiada manusia terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia
Menangislah... di bahuku kau berikanku kepercayaan
Bahwa laramu adalah haru-biruku
Kerna aku adalah sahabatmu
Menangislah
Menangislah
Menangislah di bahuku.. ku di sini untukmu
Menangislah di bahuku kerna ku sahabaatmu...
Menangislah...

Okeh, itu pulak nasyid Menangislah di Bahuku oleh Firdaus.

Sutera kasih membelai
membaluti lukaan itu
Sutera kasih melambai
mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan
mengharungi cabaran dalam perjalanan di hadapan..

Sutera kasih membelai
membaluti lukaan itu
Sutera kasih melambai
mengisi kekosongan pengharapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya....

Sutera Kasih oleh In-Team.

Lagi? Lagi...

Iringilah sayangku setiap pengorbanan
Dengan doa, harapan yang bermakna
Tempatkan ya Tuhanku, di singgahsana terindah di syurga
Dengan para syuhada'...

Nasyid Pengorbanan khas daripada Nowseeheart.

Bintang-bintang berkerlipan
Di angkasa, angkasa raya
Panduan mereka yang berkelana
Perjalanan oh rembulan
Merentasi cakerawala
Petunjuk perkiraan tahunan
Bukan dan bintang mejadi saksi
Kebesaran Ilahi....

Nasyid Bulan Bintang oleh Saujana.

Bagaimana kau berasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimana kau bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
masih kah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengeulangkan masa lalu

Nasyid Bila Waktu Telah Terhenti oleh Opick, munsyid min Indonesia.


Kemuncak yang ingin kau tawan
Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama
Menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Biarkan aku
Terbang melayang bersendirian
Biarkan aku
Mencari arah jalan ku pulang...

Ni nasyid mendalam maknanya bagi ana... Camar Kelukaan oleh Saff One.

Terukir rasa yang terasing
Pabila nurani dunia menghampiri
Tercipta rasa yang terindah
Diri suci murni
Redha dari Ilahi

Malam...malam yang sunyi sepi
Indah...indah alunan Ilahi
Malam indah sucikan hati
Malam indah berseri...

Bila malam menjelma
Memayungi semesta
Rasa hati tercipta
Menghadap yang Maha Esa.

Keheningan Malam oleh Hijjaz. Pernah jadi theme nasyid untuk Qiam banat f3, f4 & f5 tahun ni. Nasyid Hijjaz yang best jugak ialah Sebelum Mata Terlena.

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasibku ini

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini....

Sebelum mata terlana
Dengarlah rintihan ini
Tuhan.. bertanya dosaku
Tak daya kupikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayangMu
Yang dapat meringankan, hulurkan maghfirahMu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi...

Nasyid ini paling terkesan di hati ana. Sampai nangis-nangis. Dahlah masa tu malam-malam. Thumma, akh 'Umayr suruh dengar nasyid ni. Ana dah lah malam tu rasa pelik macam apa. Rasa macam nak mati. Bila dengar, terus depan komputer tu jugak lah. Susah nak tidur. Ana asyik bayang dan fikir, betul ke nanti ana boleh buka mata ana lagi. Atau nanti ana kat somewhere else? Selain nasyid ni, yang turut terkesan di hati ialah nasyid Taubat oleh Opick.


Bila kejayaan sudah di genggaman
Tunaikan azammu, Zahirkan impian
Warnailah ikrarmu yang kau lafazkan
Kotakan cita perjuangan...

Janji Kita oleh Mirwana. Officially theme nasyid untuk batch 11 SMIH JB. Huhu..

Oklah, sekian sahaja. Insha Allah, ada masa, malam ni update lagi. ^_____^

Aslim taslam...

All The Best!

Bismillahirrahmanirrahim...

Uih, lama betul nak cuba menembusi Blogger ni. Dekat 20 kali try masuk. AlhamduliLLAH, dapat jugak.

Semua calon PMR 2007 kecoh sebab esok. Yep.. esok. Esok natijah PMR 2007 keluar.
So, agak wajiblah bagi kami (eh, kami ke?) untuk merasa sedkit tekanan lain macam sikit...

Nervous~ (Asyik guna kalimah ni je... apa 'nervous' dalam bahasa arab eh?)

Oklah... sebenarnya sekarang saya tengah jealous tak tentu pasal. Ramai orang ana tengah jealous sekarang ni. Huhu... Entah apa-apa. Ana pun malas dah nak layan.

Sebagai khatimah, umm.. jangan lupa doakan ana dan kami (batch 11 SMIH JB) ye!!

Du'akan ana dapat menggenggam 9 A yang dicitakan dalam PMR 2007 disertai redha daripada ALLAH.... Tawakkal.. tawadhu'... All the best insha Allah!!!~

BismiLLAHi tawakkaltu 'alaLLAH..
wa la haula wa la quwwata illa biLLAHil-'Aliyyil 'Adzim....


^___________^

aslim taslam...

Khamis, Disember 20, 2007

Seorang Ukht

bismillahirrahmanirrahim...

Siapa yang nak membaca ni harapnya husnudzon ye. Dia tu tidak lain tidak bukan hanyalah seorang ukht.

Ana nak mimpi jumpa dia. Atau lebih tepatnya, ana nak jumpa dia. Ana nak sangat-sangat, lepas tu nanti ana cakap siapa ana pada dia. Walaupun tu hanya mimpi. Ataupun realiti yang sebenarnya.

Dia tak kenal ana. Dia tak kenal ana. Dia tak kenal ana. Dia tak kenal ana...

Sedihnya. Semalam ana tipu orang tu. Ana cakap ana tak kisah kalau dia tak kenal ana, asalkan ana kenal dia. Tapi, ana nak dia kenal ana.

Isk... Ingatkan dia kenal ana. Rupa-rupanya...

Takpelah, ada masa nanti, naik sekolah ana harap dia kenal ana. (Ustazah...)


Allah Knows...
kenapa dia belum mengenali ana lagi..

aslim taslam...

Rabu, Disember 19, 2007

Mutiara

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah... tadi chat dengan seorang akh ni. mumti'ah jiddan! ana mendengar (baca: membaca sebenarnya) saja apa yang dia terangkan. cakap tentang kawan, identiti diri.

akh ni cakap pada ana, tiada istilah 'best friend' bagi dia. dia cakap berkawan biarlah dengan semua orang. dan setiap kawan itu punya kecenderungan, kelebihan dan kekurangan yang berbeza. bila dah kenal, pasti mudah.

dan dia kata lagi, kenal orang kenal diri, kenal diri kenal orang. faham? maksudnya, kalau kita cuba memahami orang lain, kita juga akan lebih memahami diri sendiri. sebab dalam menacari-cari, kita kenal lah yang kita ni macam tu dan macam ni. teroka tu kan bermanfaat!

lagi, dia cakap : manusia adalah cerminan bagi yang lainnya. sesama manusia itu adalah cerminan manusia itu :D

" kalau kita rasa ALLAH jadikan dunia nih penuh dengan kemungkinan yang mungkin kita ikut dan teroka, akan ada sahaja peluang untuk ber'amal dan mengenali diri sendiri."dan cara kita melihat dunia ini, itulah yang dunia sebenarnya.

"the world is only as w i d e as we make it to be..."
dan selalu kita dengar kata-kata William Shakespeare ni: to be or not to be!

hmm, tak lupa juga. sempat juga tadi belajar mengenal diri sendiri di sini. ana adalah manusia jenis NF (iNtuition Feeling) dalam kategori INFJ (Introverted iNtuition Feeling Judging) yang mana hanya 1% saja dalam kalangan manusia yang berpersonaliti begini. ana tak bangga, dan ana tak juga sedih. itu diri ana dan ana adalah ana! ^_______^

Click to view my Personality Profile page


personality type ana--> INFJ - The Confidant
multiple intelligence ana --> Naturalist!

akh ni cakap manusia dalam golongan NF ni ada visi dan prinsip untuk dilaksanakan! hehe.. terus berjuang! mujahadah!

inilah ana. dah tahu satu benda mesti nak kongsi. tapi still ada lobong-lobong. tak tamam ni sebenarnya. banyak lagi input akh tu bagi, tapi takkan nak kongsi semua. lain kali saja ya!

aslim taslam....

Selasa, Disember 18, 2007

Mengecat sambil mengingat

Bismillahirrahmnirrahim...

Alhamdulillah.. selamat mengecat rumah pelangi ini! ^____^ Dapatnya gambar sang himawari (baca:itu bunga matahari dalam bahasa jepun.. hehe)

Hmm.. maaflah, semuanya yang ada di sidebar it dihilangkan buat sementara.

Tadi alhamdulillah, dapat muraja'ah juz 4. dan beberapa muka daripada juz 2. Sayang, kenapa lah ana susah nak muraja'ah walhal sebenarnya ana sendiri tahu kalau lama-lama tak muraja'ah nanti hafalan-hafalan tu semua hilang dikit-dikit.. Sakit hati agaknya ni. Astaghfirullah...

Hmm...

aslim taslam..

Cakap Biar Benar

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm.. Lima hari tinggal blog ramai pula yang jengah ya? Oh ya, baru pulang dari Melaka. Penat! Zoo Melaka. Perigi Hang Tuah. Muzium Samudera. Tempatnya biasa-biasa. (Nasiblah, siapa suruh pergi banyak kali) Yah, melawat Melaka sama seperti melawat Malaysia, iya kan?

Merujuk kepada tajuk yang telah tertaip di atas (ceh, macam surat rasmi!), ana sebenarnya sangatlah kasihan dan tak berpuas hati (baca: keTIDAKpuasan hati) dengan seorang kawan ana ni. Lain yang dikatakan, lain pula yang sebenarnya. Bayangkan, kita bertanyakan pendapatnya tentang seseorang, lalu semuanya dikatakan yang negatif. Ana yang berusaha nak jadi seorang yang siddiq ini pun percaya saja. Bila ana bersama dengan orang yang ana tanyakan itu, rupanya... indah lagi rupa daripada khabarnya tahu! Huhu... Cakap biarlah yang benar. Salah cakap padah juga nanti.

Bila ana fikir balik, macam difitnah lah pulak orang tu. Dan ana terus terfikir. Baiknya ana husnudzon saja (bersangka baik :D) daripada dengar cakap dia. Cehs~

Tak apalah, ana dah tahu ni perlu waspada. (rasa bahayalah pula!)

[Bukankah apa yang terluncur dari lisan kita sedikit sebanyak
mencerminkan hati dan peribadi diri kita?]


sekian dahulu.. sama-sama koreksi diri (hehe.. correction). moga yang ana tulis ni ada juga manfaatnya buat kita bersama. ^________^

aslim taslam...

Tersedar




takut.... seram... gemuruh... du'a saja yang mampu mendinding dan membenteng semua rasa-rasa hati ini.. ya Rabbi...

Moga dikurniakan natijah yang terbaik bagi diri ini dan diredhai di sisiNya...

Selasa, Disember 11, 2007

mihnah tidak mudah


" Untungnya orang mukmin,
semakin banyak masalah,
semakin
mustajab doanya,
bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan ada ketenangan,
memugar kekuatan...
kita tidak sendirian"



Isnin, Disember 10, 2007

Kerana sebuah diari....

bismillahirrahmanirrahim...


masa kem tahfiz... petang, semasa ana menunggu turn mandi di kamawr 'izzah. diolag bersama sahibah ana:

sahibah: anti suka tulis diari eh?
ana: hmm! (mengiya-iyakan penuh kesungguhan)
sahibah: anti tulis hari-hari?
ana: patutnya hari-hari. tapi, masa kem tahfiz ni kurang sikit menulisnya.
sahibah: susah nak jumpa orang macam anti...
ana: huh? (pelik)
sahibah: yelah, susah nak jumpa orang suka menulis diari tiap-tiap hari.

------

kenapa dengan diari? ada apa dengan diari? apakah ertinya sebuah diari bagi ana?

mari ana ceritakan:

ana mula berjinak-jinak dengan diari bermula dari darjah 4. diari ana masa tu teramatlah comel dan ana hanya mencatatkan apa yang sangat penting yang berlaku hari itu. tidak lebih dan tidak kurang.

darjah lima tiada catatan. ada tapi macam tiada. darjah enam ana teramatlah konsisten berdiari. hehe... tahun perang lah katakan. banyak benda yang ana tulis. mostly tentang diri sendiri, keluarga dan pelajaran. ana ingat lagi ana ada tampal salinan slip keputusan UPSR ana dalam diari masa darjah enam. ^_________^ dan ana ingat lagi catatan ana yang sedikit kecewa dengan keputusan SPPM.. huhu.. kertas PSFM dapat B :p

tingkatan satu. tahun ni ana masuk ke alam baru. teramatlah baru. dan tahun ni ana dan kawan sekelas diminta menulis journal dalam bahasa inggeris. katanya, untuk improve english. hehe.. ana pun ber'journal' lah dengan ustzah Fazliaton. sweet!~ ana ingat lagi, masa tu birthday ana, dan semua orang lupa. sedih... lepas ana luahkan apa ana rasa, ustazah bagi ana hadiah!~ ana simpan lagi bookmark nya.. :D yang ana tahu ana ni je yang istiqamah hantar journal. ada juga kawan-kawan lain yang selalu hantar tapi selalunya setiapa kali ustazah minta, ana tak pernah miss.

walaupun ana ada journal dengan ustazah, tapi ana tetap ada diari sendiri. pelik? tak lah..

tingkatan dua. ana berdiari lagi. dan tahun ni ana buat satu sistem journal dengan sahibah qarib ana, Hanani. kami sediakan satu buku untuk dibuat journal lalu journal itu akan bertukar tangan setiap hari, atau paling tidakk, setiap minggu. best sangat! lepas ana buat journal2 ni dengan Hanani, ada lah juga kawan lain yang mengikut sistem ni. diari sendiri... haha... diari ada lebih kurang 3 ke 4.. macam tulah, banyak sangat benda yang nak ditulis lah kononnya :p

tingkatan tiga. tahun ni. hmm... satu diari tebal ana habiskan tepat-tepat masa hari lahir ana (bila tu ya? ehem2..). dalam diari tu teramatlah banyaknya yang ana tulis. best betul bila baca balik. kenangan terindah! hehe... sekarang ni pun ada diari tapi macam tak tertulis sebab.. entahlah.. dah tak ada semangat kot. diari sekarang diari yang sarah bagi. warna hijau. ~.^

dalam diari tahun ni (memandangkan tahun ini juga adalah tahun perang), banyak perkara ana tulis tentang ana dan pelajaran. jatuh bangkitnya ana semua ana tulis supaya ana boleh muzakarah sendiri. dan dalam tu ana melatih diri ana supaya terus tulis kata-kata semangat agar ana terus bangkit. Trust Allah abadan abadaa~ :D

dahlah, ana cerita pasal diari ni bahaya juga ya! manalah tahu...

hmm, tak ada ke orang nak cerita pasal diari eh?

wassalam...

Ahad, Disember 09, 2007

Rindu dan ceritaku


bismillahirrahmanirrahim....


oh, saya tak boleh menipu diri saya sendiri.... saya rindu kem tahfiz intensif 2007!!~ rindu sungguh... pagi tadi bangun-bangun, saya di rumah, tidak lagi di atas tilam bunker bed tingkat atas di kamar 'izzah aspuri SMIH. tidak lah pula dikejutkan oleh bunyi handset kak faizah atau suara lembut maryam pagi-pagi supaya boleh qiam di musolla. saya tidak lagi mengejutkan sakinah dan aisyah daripada lena yang indah. saya tidak lagi mengegarkan katil 'izzati yang seringkali penat lalu melayannya dengan tidur yang sangat lena. tidak lagi selalu berkejar-kejar ke musolla sebelum pukul lima. tidak lagi terkejar-kejar nak jadi orang first sampai musolla. hehe... rindu lah...



akhirnya, rasa nak bercerita sampai di hati. sebenarnya, masa awal-awal, semua orang rasa kekok. kami sikit saja. 16 orang kesemuanya. disebabkan rasa kekok antara kami semua, penghuluwati atau amirah kami, kak faizah, menguatkuasakan satu sistem ice breaking yang diberi nama sistem buddy. mula-mula ingatkan kami dengar badi atau baldi. kemudiannya, kak faizah betulkan, B.U.D.D.Y.. oh~

siatem ni memerlukan setiap seorang memilih seseorang yang tidak sama umur dengganya untuk dijadikan buddy sepanjang kem. dan buddy ini perlulah menjadi kawan yang setia dan sering mengambil berat antara satu sama lain. buddy ana namanya Nabila Huda. Orangnya sweet dan petah berkata-kata. dia ni pelajar form 1, wakil tingkatan pula tu. tak apalah kan?

minggu pertama minggu paling teruk dalam ,3 minggu kem ini bagi diri ana. ada sehari tu saya dapat tasmi' semuka saja. sedih sangat. nasib baik ustazah Suzana sangat memahami. sangat sangat. jazakillahu khairan jazaa' ustazah~

setiap pagi mesti bangun 4.30 am. qiam di musolla. lepas solat subuh dan manghafaz Qur'an. ada riadhah. riadhah ni AJKnya Aya (Nadiyah Syahira) dan Kak Nadiah Mokri. banyak games yang kami main. semalam punya semalam kami main nenek kebayan. ada masa kami main sambung-sambung cerita. ada masa kami kena lompat bintang sebagai denda sebab lambat masuk musolla. huhu...

masa kem ni, ana, Nur Aisyah dan Tqah Amin jadi AJK disiplin. alhamdulillah, karenah kami ok dan tak berwarna-warni sangat so, kerja kami mudah saja. alhamdulillah...

masa kem ni ramai yang bantu ana untuk terus menghafaz. dorong, dorong dan dorong. thanks to sakinah azmi yang banyak bantu ana especially masa minggu pertama. ^______^

best kem tahfiz. kami hafaz sama-sama. kami basuh baju sama-sama. kami makan sama-sama. cari benda hilang sama-sama. alangkah indahnya hidup dalam manisnya hamparan ukhuwwah bersama tirai bahagia yang sering dihadiahkanNya~!

masa kem tahfiz ni, tabiat menghafaz semua lain-lain. ada yang suka menghafaz di koridor. ada yang senang di musolla. di depan cermin pun ada juga! hehe.. saya jenis yang senangnya di musolla waktu malam, dan senang di koridor pagi-pagi.

ustazah suzana ada cakap:

Allah bagi ujian untuk hamba-hambaNya kerana
Dia rindukan hamba-hambaNya merindukannya...


ustazah selalu pesan: fabima rahmatim minaLlahi linta lahum..
(ayat daripada surah ali 'imran, juz 4)

kalau kita anggap semuanya adalah rahmat daripada Allah, maka Allah akan senantiasa permudahkan kita.

minggu kedua lebih ok daripada minggu sebelumnya. masa ni ada peserta kem tahsin. so, asrama ramai penguninya. kerja AJK disiplin jadi berat sedikit lantaran ramai yang masih blurr tentang peraturan di asrama. kesian Aisyah. hari-hari dia membebel pasal peraturan. alhamdulillah, ada yang faham dan memahami.

minggu ketiga rasa lain. kami makin rapat. semangat nak hafal banyak-banyak kian kuat. ^_____^ tapi, orang buat cerita sedih akhir-akhir. kami sambut milad (birthday) Aisyah 7 Disember, sehari sebelum balik.



kami nyanyi nasyid Sanah Helwah ya Jamilah~ untuk Aisyah malam tu. rindu nya~

minggu last tu, kami rapat sangat. hari yang budak form 5 habis SPM, kami bergambar depan kolam. sweet nya!!!~ teramatlah rindu saat kami bersama.




































ingat lagi, kalau ana rasa nu'as (ngantuk), nanti Aisyah atau Sakinah urutkan ana. Atau Maryam dia ramas-ramas tangan ana. kalau nak tasmi', ana check dengan Sakinah atau Aaeshah atau Maryam. ada yang silap nanti dibetulkan.

hari biasa-biasa Atiqah selalu tepuk atau pukul ana. kecik tapi ... huhu... nakal betul dia ni eh. hehe... Qarirah mesra dipanggil Qarie. Nabila Huda ni rajin dan ngaji je sementara tunggu turn bilik air. Buddyku ini~ Fadhilah sweet, suka tegur dan suka ketawa. Macam Aya! Hehe.. 'Izzati pula suka bermesra dengan semua. Sakinah Samsulkamal yang sedikit gelabah daripada biasa.. ^______^ Munirah yang senyap namun tetap ceria. Kak Faizah kakak yang supporting. Kak Fadzilah suka menyakat. Kak Nadiah ketawanya tidak ternilai.. susah nak tengok Kak Nadiah ketawa... heheh.... kawan-kawan ana yang form 3 tak payah cerita lah ye. dah tak tahu nak describe macam mana. kita kan kawan sentiasa? ye tak Maryam, Sarah, Sakinah, Aaeshah, Aisyah?? hehe... Maryam AJK Kebersihan dengan Kak Fadzilah. Sarah pemilik Qur'an Digital. Sakinah & Aaeshah selalu kejar-kejar nak hafaz. Dua-dua kawan ana ni dah habis surah Yusuf dah.. Aisyah pula main kejar-kejar dengan ana dalam surah at-Taubah dan surah Yunus. hmmm..

semalam, penutup kem. sedih nya. ada kata-kata daripada ustaz Sazali, ustazah Suzana dan akh Munir, penghulu atau amir banin. kemudiannya ada tayangan... sedih sangat bila tengok tayangan ni. rasa nak nangis tapi ana tahan je. Falah dah lama menangis. Sensitif adik ana ni.
Dahlah nasyid latarnya nasyid 'Selamat Tinggal Sahabat' oleh Izzatul Islam. Nasyid yang sama dipasang pada malam sebelum form 5 ambil kertas terakhir (kertas BAT)..

semuanya berakhir........


dan ana masih di sini, merindukan saat-saat gula manis dan hempedu pahit di sana.
Betapa Allah menciptakan segala yang bermula ada pengakhirnya agar kita sentiasa menghargai dan mensyukuri segala apa yang diberikanNya selama ini kepada kita. dan kini, ana sangat mengerti erti itu semua..... insha Allah...



aslim taslam...

Sabtu, Disember 08, 2007

Istiqamah ya!

bismillahirrahmanirrahim....

hmm... ana sudah pulang ke rumah. usai sudah kem tahfiz intensif yang membawa ribuan bahkan infiniti rahsia dan peristiwa. rindu!!!!~

kem tahfiz intensif
ini merupakan program buat pelajar tahfiz yang dipilih oleh ALLAH dan seterusnya disampaikan pilihanNya menerusi hati-hati al-asatizah untuk lebih banyak menghafaz kalam-kalamNya yang mulia. alhamdulillahi rabbil 'alamin....

susahnya nak cerita kem ni! ah, rindu!! nak ucapkan jazakunnallahu khairan jazaa' buat semua akhawat yang banyak membantu ana minal bidayah ilan nihayah. (dari mula sampai akhir )

kak faizah, kak nadiah, kak fadzilah, sakinah, maryam, aisyah, aaeshah, sarah, aya, 'izzat, nabila (oh, buddyku!), tqah, qarie, falah, andi aisyah, , nadia fariza dan ramai lagi akhawat kem tahfiz yang tak tersebutkan namanya. terima kasih!!~

ana tak nak cakap rekod hafazan ana sepanjang kem ni. tiada manfaatnya pun kalau sesiapa tahu, kan? ^________^

gerabak keretapi tunggu turn tasmi', riadhah santai 'demi matahari' dengan qarie, tqah n sarah, awan biru ungu ciptaan al-Khaliq Maha Sempurna... bebintang yang memayungi malam hari buatkan ana jadi terkenang mukhayyam tahun ni.

kak faizah kata:

"setiap tiga saat, akan ada kelahiran dan kematian di dalam dunia ini. dan setiap sepuluh saat akan ada mereka yang kehilangan ibu.."

wal 'asr.... betapa masa itu aset yang penting lagi serius hingga dibicarakan oleh Allah dalam al-Quran...

sekarang ni ana kena fikirkan dan lakukan cara yg terbaik untuk terus istiqamah mencintai al-Qur'an yang pastinya menjadi penghias cinta buat Dia, Pemilik Cinta hakiki...

tiap pagi hafaz semuka. lancarkan. kalau malam (biasanya lepas maghrib sampai ke 'isya') boleh 'on' lagi, usaha dapatkan lagi semuka. tapi ustaz kata lebihkan pada i'adah... so,.... hehe.. yuk mengulang hafazan!

buddyku, Nabila Huda meminta ana menelefon dia setiap hari. hahaha... buddy ke, badi ke, baldi? :p

oh, begitu sungguh ana merepek tahap tralala di sini....

macam yang akh Fahmi cakap dalam Anis Disember...


Jadikan al-Qur'an sebagai teman!


wassalam.. aslim taslam .....

Ahad, Disember 02, 2007

ad-du'a silahul mu'min!

Doa Ketenangan Jiwa

Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina.

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu.

Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla.

Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi.

Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika


Artinya :
"Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu."

sumber: http://d-amelia.blogs.friendster.com/my_blog/


aslim taslam...

Isnin, November 19, 2007

Salam mujahadah!

bismillahirrahmanirrahim...

wah! nak pergi kem tahfiz pagi ni pun masih smpat buka internet! =p

baiklah, du'akan agar dipermudahkan segalanya oleh Allah..

target ana.. mudah-mudahan tercapai insha Allah...

ana nak bermujahadah dan bercinta sesungguhnya dengan al-Qur'an

bermula kem tahfiz intensif yang mulanya hari ini!

ana tidak akan berada di alam maya ii bermula hari ini (191107) sehingga 081207.


sehingga ketemu lagi ya!

ana titipkan salam ukhuwwah mahabbah fillah buat semua..

aslim taslam... (moga selamat!~)

Jumaat, November 16, 2007

Kelip-kelip (II)

bsimillahirrahmanirrahim....

kelip-kelip
beritahu dia
saya sahabatnya
dia sahabat saya
walau dugaan merempuh sehabat apa
walau hujan turun tiada hentinya

kelip-kelip
beritahu dia
saya sayangkan dia
tapi usah katakan
saya selalu du'akan dia
saya selalu harap
hanya pinta
rahmah Allah sentiasa mengiringinya
dan buat dia bahagia senantiasa

kelip-kelip
beritahu dia
sudah lama kita tak bersua
namun saya tetap
ingat akan dia
walau jauh saujana
menjarakkan pandangan mata
namun bukan pandangan rasa
sukma nan membelai rindu
hanya Allah yang Maha Tahu

kelip-kelip
sahabat saya baik
buat saya tersenyum
buat saya tertawa sendirian
sahabat saya baik
buat saya menangis
buat saya terfikir
baik buruknya saya
buat saya terfikir
siapa saya
buat saya fikir
dan ingat
pada Dia yang Maha Kuasa
dia sahabat yang sangat mulia
di hati saya

kelip-kelip
beritahu dia
beritahu dia
dan beritahulah padanya
saya sayangkan dia
kerana Sang Maha Pencipta
atas apa jua yang merintang
atau segala yang bukan pastinya menghalang
saya sayang dia
saya sayang dia
saya sayang dia
biarlah hanya du'a
mejadi utusan kasih saya
buatnya
sentiasa...

hanya buat kalian
seorang yang mejadi firashah
seorang yang menjadi qausuquzah
seorang yang mejadi wardah
seorang yang menjadi saif
juga buat sang kelip-kelip
yang megar dalam qalbu ini
selalu
saban waktu.

Mukhlisah,
Raehan Q.A
12.51 AM
161107


ingat daku dalam du'amu sahabatku ya firashah, ya qausuquzah, ya wardah, ya saif...
firashah sang kupu-kupu...
qausuquzah sang pelangi...
wardah sang mawar...
saif sang pedang...

[]|[]|[]|[]

Khamis, November 15, 2007

Sihat

bismillahirrahmanirrahim...


Masha Allah. Sekarang rasa pening betul. Pening sebab kena selesema. ( Baca: Ini ejaan yang betul!) Entah flu ke selesema. Tak tahu nak beza. Sana sini make sure kena ada tisu. Huhu...



Senang je Allah tarik nikmat sihat kan? Baru selesema dah rasa macam nak pengsan, rasa nak demam. Tu tandanya Allah nak ana ingatkanNya kan? Ana ni tak sesempurna mana... Selalu ingatkan diri, letak dunia hanya pada tangan bukan pada hati, tapi kadang-kadang taboo tu terlepas juga. Kadang-kadang seronok sangat sampai rasa dunia ini tempat ana seorang.

Patutlah kan? Seronok macam tak ingat dunia. Tapi seronok tu tak berkekalan. Bahgia bukan selamanya, sengsara bukan selamanya, kerana hidup hanyalah sementara...

Mafhum firman Allah dalam Qur'an, ayat 28, surah ar-Ra'd: ketahuilah, dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenteram.


Zikrullah : Berikan ketenangan, mendapat keampunan Allah. Plus, 'ibadah yang paling mudah dilakukan ( tapi kenapa serasa berat sungguh nak buat? )

Moga bermanfaat buat semua yang membaca, juga muzakarah buat ana yang selalu menjauh daripadaNya. (astaghfirullah...)

aslim taslam...

Rabu, November 14, 2007

Kurasai...

bismillahirrahmanirrahim...

Ana rasa bersalah sangat. Sangat sangat sangat. Dan rasa bersalah tu hilang sebentar bila ana hanyutkan diri dalam bacaan novel ilmiah. Lepas dah habis baca, terasa balik beban. Sakit. Sakit sangat. walaupun hanya di dalam bukan lahiriah. Bukan seorang saja ana rasa bersalah, tapi ada lagi beberapa orang. Walaupun orang yang ana rasa bersalah sangat tu masih mampu tersenyum pada ana. Maaf, maaf dan maaf!

Sempat berbual-bual di alam maya bersama 'Izzati, Husna, Aisyah, ukht Asma' dan akh 'Umayr. Takde mood. Bual macam nak tak nak saja. Uhuu... Sian ukt Asma' sampai nak pujuk. Hehe...

Akhirnya ana minta akh 'Umayr cadangkan apa-apa nasyid. Dan dia tulis: Sebelum Mata Terlena - Hijjaz

Hmmmmm.....

Sebelum Mata Terlena
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu...

moga ana menjadi mereka yang bahagia di esok harinya... amiin...

aslim taslam...